Tuesday 30 October 2012

Kajian Perancangan

asSAlamualaikum

Macam-macam dugaan yang ditempuhi semasa menyiapkan kajian bab demi bab sehingga lah bab yang terakhir...

rASA maLas, takut gagal & rasa macam tak boleh buat pun ada juga dalam hati ini... tetapi bila dikenangkan kita hanya mengaji dalam tempaoh yang ditetapkan dan banyak pula menggunakan wang teguhkan juga hati ini untuk menyiapkan kajian tersebut.


Petang ini aku jumpa penyelia kat Poli dan bincang bab-bab yang harus diperbetulkan sebab minggu depan daH kene print 2 copy serah pada pembaca untuk di mark...mengeletar-mengeletar juga rasa di hati...

Aku percaya dengan sokongan keteguhan semangat diri dan doa dari ibu bapa dapat juga aku meneruskan mengharungi segala rintangan semasa belajar ini. Mereka berharap semoga kita berjaya di masa akan datang,,wallawehhh sedih pulak,,

APA-APA pun aku korang dan semua orang boleh buat~~~~~~~~~~

Monday 29 October 2012

Berbalah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Sifat mementingkan diri sendiri akan memakan diri.....adakah kenyataan ini anda setuju?


Ya bagi saya kerana apabila sifat ini terus mengawal diri seseorang itu masalah bagi orang tersebut. Kepercayaan, keselesaan, ketelusan orang lain akan merasakan tidak enak untuk berdamping dengan orang seperti itu. Semakin lama semakin rengang hubungan tersebut..misalnya apabila kita berkawan jadi mestilah kita sama-sama berusaha, saling bantu membantu dan sebagainya. Tetapi bila asyik pentingkan sedap badan sendiri haahh memang takdak la....orang baik hati pun jadi naik angin.

 Satu cerita yang saya ingin kongsi, kita membantu dalam membuat kerja tugasan, kene pula tugasan tersebut individu, hmmm memang kalut la,,,kita cuba menolong apa yang ada, dan kita kongsi maklumat dengan orang yang camtu. tetapi malangnya bila dia ada maklumat lebih tak mahu pula dia kongsi dengan kita,,,wahhh bukan mengharap di kongsi tapi dah tau dia ada kan,,so tong2 la cikit,,,,bila dia tak ada wahh sibuk mencari dan baik giler lah time tu dengan kita nei,,,supaya  dia dapat maklumat dari kita dan boleh tolong buat kan cikit-cikit....ada ke patut, kerja dia tu,,kerja kita macam mana..upah memang boleh beri tapi bila dia nak berusaha buat dia punya sendiri.

Sekarang ini kawan-kawan memang rasa macam tidak selesa berkawan dengan jenis orang yang macam ini. bak sorang kawan cakap "buat sedap tekak sendiri je"...

Harap kita doakan orang seperti ini dapat berubah untuk demi masa depan agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.. AMinnn

Thursday 4 October 2012

Mencuba mencari

Assalamualiakum dan selamat sejahtera

Sudah lama saya tidak 'update' blog saya dan baru ini saya mula menulis/mengarang semula. Banyak hal dan dugaan yang ditempuhi sepanjang hidup dimuka bumi ini namun ini hanya sedikit sahaja  / sebahagian. Ini kerana ramai lagi orang yang hidupnya lebih banyak dugaan yang bertubi-tubi berbanding saya. Saya sedar umur saya masih mentah untuk mengenal dunia, tapi saya berharap saya tak baru dalam mengenal ALLAh.

Ada sorotan cerita yang ingin saya kongsi kepada pembaca sekalian iaitu dugaan saya dalam kehilangan barang yang saya sayang kerana itu adalah pemberian dari kedua orang tua saya. Saya kehilangan sebuah 'laptop' ataupun komputer riba jenis AceR. Sebenarnya saya tak risau sangat barang itu hilang tapi saya terkilan kerana laptop itu ibu bapa saya agak susah nak belikan pada ketika itu. Tetapi kini hilang begitu sahaja kerana rumah sewa saya dimasuki orang. aduhaiiiii~~~~


Seperti dalam gambar diatas itulah saya punya laptop. Mungkin jodoh saya dengan laptop itu tak panjang lebih kurang 2 tahun setengah sudah saya gunakan. 

Ketika itu saya sedang tidur-tidur ayam tapi tak sedarkan diri kerana terlalu letih diamana ketika itu berada di bilik tidur utama dan kawan ada ada di ruang tamu bersama laptopnya juga sedang nyeyak tidur. Pintu rumah ketika itu terbuka luas. kejadian berlaku lebih kurang 6 petang. pencuri berkenaan masuk dengan kadar yang saya boleh jangka agak cepat dan ambil mana yang sempat sahaja iaitu laptop sayalah.Tapi charger ada. May be mat hisap kot. hurmmmm lepas pencuri tersebut keluar kawan depan rumah sewa saya ternampak pencuri tersebut dalam keadaan mencurigakan. terus bertandang ke rumah saya dan menayakan ada apa2 benda hilang tak?. terus saya check tegok2 laptop tak ada,,,hhuhuuhu sedih....

laporan polis pun sudah dibuat dan hanya berdoa dan ikhtiar mana yang mampu.

Post ini kira meluah perasaan la hurmmm############@@@@@@@!!!!$$$%%%

WASALAM...