Saturday, 21 May 2011

onani,,

Apakah onani (melancap) - Pengertian
Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.


gambar sekadar hiasan.

Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, gua termenung berpanjangan. Gua juga turut tergolong di dalam golongan remaja. Inilah realiti dunia kita. Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada daripada golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani. Gua juga tidak terlepas daripada pertanyaan ini terutamanya melalui laman sosial atau blog.


Berikut adalah beberapa persoalan yang berhubungkait dengan masalah onani atau mastubasi atau melacap

Soalan 1: Apakah Onani itu tidak normal ?
Jawapan : Onani dikalangan remaja adalah normal dan hampir semua lelaki remaja melakukan onani.

Soalan 2: Bahayakah melakukan Onani ?
Jawapan: Onani tidak bahaya jika dapat dikawal dan bahaya jika melakunya terlampau kerap.

Soalan 3: Berapa kalikah yang dianggap normal ?
Jawapan: Dalam satu atau dua kali sebulan dianggap normal.

Soalan 4: Kalau lebih dari dua kali ?
Jawapan: Tidak bagus untuk kesihatan fisikal dan mental anda.

Soalan 5: Apakah tidak bagus jika terlampau kerap melalukan onani. Katakanlah setiap hari ?
Jawapan: Ia boleh melemahkan badan dan otak


Sumber: http://magribmenjelma.blogspot.com/2011/02/onani-melancap-adakah-normal.html#ixzz1N2iSvHez



Hukum Onani


Pandangan dari Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:
Mengatakan haram onani secara mutlak.


Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud: Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).


Pandangan dari Mazhab Hanafi:
Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat.
Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.


Pandangan dari Mazhab Hanbali:
Mengatakan haram onani. Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.

Mereka berkata: Mani adalah benda lebih dari tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.


Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

1.Karena takut berbuat zina.
2.Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.


Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).


CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI
Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri daripada terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:
1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa


Kesimpulan
1.      Onani pada dasarnya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam lagi bertentangan dengan nilai-nilai kesyumulan ajarannya.
2.      Sesetengah ahli fiqh membolehkan onani jikalau seseorang itu berkeyakinan bahawa ia akan dapat menghalang dirinya daripada terjerumus dalam kesalahan agama yang lebih besar. Kebolehan ini bukanlah sebagai menghalalkan onani.


Sumber: http://magribmenjelma.blogspot.com/2011/02/onani-melancap-adakah-normal.html#ixzz1N2m38ylM

No comments:

Post a Comment