Thursday, 17 November 2011

ANAK LUAR NIKAH LAHIR SETIAP 7 MINIT !!!!!!

Gabar hiasan

ASSALAMULAIKUM,,DAN SELAMAT SEJAHTERA

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah merekod dan mendaftarkan seramai 152,182 orang anak luar nikah. Bilangan ini saya percaya akan meningkat beberapa tahun lagi kerana statistik jumlah tersebut direkod dari sejak tahun 2008 - 2010. Baca lagi (lebih lanjut)

Saya yakin para pembaca akan terkejut seketika dengan kadar tersebut yang berlaku sendiri di negara MALAYSIA. Kekesalan pada ketika itu tidak lagi berguna kepada si pelaku kerana perbuatan mereka itu telah meninggalkan kesan yang hitam dan berpanjangan.

Aduh!..lebih rela anak itu hidup di dunia ini berbanding di buang atau di gugurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. "Saya ingin berkongsi cerita yang berlaku kepada keluarga saya dimana makcik saya telah lama mendirikan rumah tangga lebih kurang hampir 10 tahun tanpa dikurniakan cahaya mata. Aduh!! bila agak nya ye,,? Pada sesuatu hari mereka telah ditawarkan oleh waris di pelaku (anak perempuan mereka yang telah melahirkan anak luar nikah) kepada makcik dan pakcik saya, wahh sungguh gembira perasaan mereka dan kami pun turut menumpang kegembiraan tersebut. Dari jauh mereka sanggup datang untuk mengambil bayi tersebut.

Disini juga saya memuji kepada si pelaku(wanita itu) tersebut dimana semasa dia hamil dia telah berniat untuk memutuskan memberi  kepada orang lain untuk menjaga bayinya tersebut dan sanggup untuk mengandungkan bayi itu. Sebalik semasa bayi itu berpisah dengan ibunya, sangat hiba rasanya kerana si ibu seolah-olah tidak mahu untuk melepaskan anak kandungannya itu. Menangis tuan puan,,,kerana dia telah merasi bagaimana untuk melahirkan seorang anak yang bakal hidup di dunia yang fana ini, bayinya comelllll". hmmmmm, semoga kita terhindar dengan perbuatan terkutuk seperti itu untuk mengelakkan maruah dan masa depan kita rosak.

berdoalah kita untuk mengelakkan kita terjerumus kelembah maksiat,,,
Jika tidak perlukan bayi itu serahkanlah kepada mereka yang memerlukan,,,

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment