Wednesday, 23 November 2011
Thursday, 17 November 2011
ANAK LUAR NIKAH LAHIR SETIAP 7 MINIT !!!!!!
Gabar hiasan
ASSALAMULAIKUM,,DAN SELAMAT SEJAHTERA
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah merekod dan mendaftarkan seramai 152,182 orang anak luar nikah. Bilangan ini saya percaya akan meningkat beberapa tahun lagi kerana statistik jumlah tersebut direkod dari sejak tahun 2008 - 2010. Baca lagi (lebih lanjut)
Saya yakin para pembaca akan terkejut seketika dengan kadar tersebut yang berlaku sendiri di negara MALAYSIA. Kekesalan pada ketika itu tidak lagi berguna kepada si pelaku kerana perbuatan mereka itu telah meninggalkan kesan yang hitam dan berpanjangan.
Aduh!..lebih rela anak itu hidup di dunia ini berbanding di buang atau di gugurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. "Saya ingin berkongsi cerita yang berlaku kepada keluarga saya dimana makcik saya telah lama mendirikan rumah tangga lebih kurang hampir 10 tahun tanpa dikurniakan cahaya mata. Aduh!! bila agak nya ye,,? Pada sesuatu hari mereka telah ditawarkan oleh waris di pelaku (anak perempuan mereka yang telah melahirkan anak luar nikah) kepada makcik dan pakcik saya, wahh sungguh gembira perasaan mereka dan kami pun turut menumpang kegembiraan tersebut. Dari jauh mereka sanggup datang untuk mengambil bayi tersebut.
Disini juga saya memuji kepada si pelaku(wanita itu) tersebut dimana semasa dia hamil dia telah berniat untuk memutuskan memberi kepada orang lain untuk menjaga bayinya tersebut dan sanggup untuk mengandungkan bayi itu. Sebalik semasa bayi itu berpisah dengan ibunya, sangat hiba rasanya kerana si ibu seolah-olah tidak mahu untuk melepaskan anak kandungannya itu. Menangis tuan puan,,,kerana dia telah merasi bagaimana untuk melahirkan seorang anak yang bakal hidup di dunia yang fana ini, bayinya comelllll". hmmmmm, semoga kita terhindar dengan perbuatan terkutuk seperti itu untuk mengelakkan maruah dan masa depan kita rosak.
berdoalah kita untuk mengelakkan kita terjerumus kelembah maksiat,,,
Sekian terima kasih.
Tuesday, 15 November 2011
Monday, 14 November 2011
SELANGKAH DEMI SELANGKAH
kini kamu berdepan dengan cabaran yang sangat menguji ketabahan, kebijaksaan, kecekapan, kesungguhan dan keberanian untuk mencapai apa yang kamu inginkan.
Berdirilah seketika seperti kita memulakan solat, tenangkan dan kosongkan jiwa, fikiran dan pandang ke bawah lalu pandang ke hadapan, yakinkan diri supaya kita BOLEH LAKUKAN apa sahaja seperti orang HEBAT lakukan,,
Jiwa kita besar, impian tidak akan tercapai tanpa tindak balas dari diri kita,,,AYUH LAKUKAN,,,jangan berdiam,,,
fikirkan sesuatu lain daripada yang lain dalam dunia ini,,,,pasti anda orang yang HEBAT,,,
AYUH,,,,,langkah kaki kamu selangkah dan stabilkan diri kamu dengan selangkah lagi,,,supaya tidak goyah dengan tiupan angin kencang,,,,
AYUH MULAKAN BERSAMA-SAMA ,,,,
Sunday, 13 November 2011
TIP BERSAHAJA SPM
Bismillahirahmanirrahim,,,
Assalamualikum dan selamat sejahtera,,,,
Pastinya kepada calon-calon SPM tahun 2011 semuanya sudah bersedia untuk menghadapi ujian yang terakhir bagi mereka di bangku sekolah.
Ujian ini adalah mustahak bagi setiap mereka yang bergelar murid sekolah bagi menentukan kemampuan dan prestasi sepanjang mereka bersekolah selama beberapa tahun,,,
Saya juga pernah merasai keresahan apabila bergelar sebagai calon SPM dan hasilnya amat memberangsangkan walaupun tidak cemerlang yang sesangat,, tapi boleh la untuk bawa diri,
Saya percaya pastinya bekalan dari segi ilmiah, rohani dan jasmani cukup untuk membawa kita memasuki ke DEWAN PEPERIKSAAN,,,Ibu bapa kita bersungguh-sungguh membekalkan kita air (YASSIN) untuk kita minum supaya hati dan jiwa kita tenang.....cool...sentiasa,,,,
Ok lah saya nak kongsi cikit pengalaman untuk membolehkan kita lancar untuk menjawab peperiksaan. Tapi tak banyak, boleh la sebagai panduan bersahaja...
1. Niat (niat kita mesti betul kerana ALLAH dan untuk CEMERLANG,,,)
2. Ikhlas (semasa manjawab soalan mesti ikhlas supaya jiwa kita tenang dan idea menjurah-curah)
3. Berdoa / bertafakur (bagi mendapat bantuan dan mendapatkan jiwa dan hati yang tenang)
4. Jawablah (tulis apa yang dingat dulu,,)
5. Jangan termenung ( biasa time ini mengingatkan apa jawapan yang tak ingat,,elakkan,,membuag masa)
6. Buat setangkas yang boleh (bila dah siap ada masa lagi boleh semak balik)
7. Jangan semak / bincang lepas habis menjawab (biasa depa2 nei bincang dgn kawan2 tu yg boleh mengantoikan jawapan buat jiwa tak tenteram dan tak yakin)
8. Berdoa reda ............
Yang ini tip masa di rumah atau di asrama :
1. Sembahyang subuh. zohor, asar, magrib dan isyak.
2. Sembahyang hajat & taubat
3. Ulang kaji sampai kita yakin cukup,,nak tunggu faham tah la,,
4. Jangan bohong, menipu & perbuatan yang tak elok.
Walau apa-apa pun saya ucapkan semoga berjaya kepada calon-calon SPM dalam peperiksaan SPM tahun ini...
Saja nak kongsi tip bersahaja untuk adik-adik sekalian,,,apa-apa pun TAHNIAH KERANA JADI CALON SPM 2011, haha,,,
Ok Wasalam,,,
untuk rujukan CALON
Saturday, 12 November 2011
HA!!!! SUARA APA?!!!!!!!
GEMURUHKAN TEAM ANDA DENGAN SUARA SEMANGAT MU,,YEAHHH!!!!!
Lirik Lagu Gemuruh Suara
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.
Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!
Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!
Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.
Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!
Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!
Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!
Friday, 11 November 2011
6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN
Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...
" Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. *
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. *
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. *
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. *
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). *
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.
Kalau rajin... Tolong klik "SHARE" kesah ini kepada semua saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi pelajaran utk kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang menjadi "BEKALAN" bagi orang yang mengajar/menyampaikannya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Subscribe to:
Posts (Atom)