Saturday, 10 November 2012

PERSENGKETAAN UMAT ISLAM



Umar Al-Khatthab RA pernah menyebut, “Sesungguhnya kami merupakan kaum yang ALLAH muliakan dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemuliaan selain daripadanya (Islam).” Punca dan faktor perpecahan yang berlaku ada banyak.

Antaranya adalah sunnatullah (ketentuan dan ketetapan ALLAH). Buktinya sabda Nabi SAW, “Umatku akan berpecah menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu.” Sahabat bertanya, “Siapakah dia (satu kelompok yang terselamat) wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini.” (riwayat Abu Dawud no. 4596, Tirmidzi no. 2640, Ibnu Majah no. 3991, Ahmad 2/332).

Dalam riwayat lain, sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya syaitan telah berasa bosan (putus asa) untuk menjadikan mereka disembah di Tanah Arab, tetapi syaitan akan memecah-belahkan di antara mereka.” (riwayat Imam Muslim, no 2812 dari sahabat Jabir bin Abdillah RA)

Sabda Nabi SAW adalah benar dan pasti terjadi. Kita lihat masyarakat Arab hari ini benar-benar berpecah.

Sebab itu kata Nabi dalam hadis, “Hampir sahaja umat ini (umat Islam) akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, ‘Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?’

Jawab Nabi SAW, ‘Tidak, bahkan kalian ramai jumlahnya tetapi kalian ibarat buih di lautan (tidak bermanfaat). Pada hari itu ALLAH tanggalkan dari hati musuh-musuh perasaan hormat kepada kalian dan ALLAH campakkan ke dalam hati kalian penyakit al-wahn.’ Sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahn?’ Kata Nabi, ‘Cintakan dunia dan takut mati.’” (riwayat Abu Dawud)




***SUMBER www.sinarharian.com 

PENGABUNGAN PAS DAN UMNO

Assalamualikum dan selamat sejahtera

saya tertarik dengan tajuk ini apabila hasil kajian yang telah dibuat oleh agensi perunding yang dinyatakan oleh Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, menunjukkan mojoriti penduduk selangor dari pelbagai kaum supaya mengenepikan hal-hal perbezaan politik dan bergabung tenaga.



“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan wacana ‘Mengembalikan PAS ke Landasan Asal’ pagi tadi di Hotel Vistana.


daripada hasil kajian ini dapat kita intepretasikan bahawa rakyat sebenarnya mahukan kerjasama antara kedua-dua pihak UMNO dan juga PAS yang mejoriti di naungi oleh bangsa melayu saling bergandingan dalam memperjuangkan nasib negara bangsa melayu dan agama khususnya. Apa yang kita dapat lihat sekarang ini banyak sangat perselisihan dan percangahan dalam pendapat di kalangan antara satu sama lain dan saling "mengkondemkan bangsa sendiri". Orang lain seronok melihat kaum yang seagama lagi-lagi islam sering terkotak-katik dan berkelahi sesama sendiri. 

Masalah ini menimbulkan pelbagai kesan yang negatif kepada waris-waris bangsa melayu-islam khususnya dari aspek sosial, akhlak, akidah dan bermacam-macam lagi kesan buruk yang akan terjadi. Jika tidak berlaku pengabungan parti sekali pon haruslah duduk semeja dan berbincang untuk menangi masalah-masalah yang timbul di kalangan kita ini.. 

wallahu'alam... 



****sumber www.freemalaysiatoday.com 

Monday, 5 November 2012

SEMESTER AKHIR

ASSLAMUaLAIKUM dan selamat sejahtera

Tak lama lagi kami akan menduduki peperisaan akhir semester. InsyaALLAh dengan titik keringat dan usaha yang telah dibuat,,dapat membuahkan hasil yang baik,,insyaALLAH,,,

macam-macam hal sudah dilalui dan ditempuhi,,,fuhh bukan senang untuk senang...

"bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"

ungkapan yang memang sentiasa di ucap oleh bibir yang telah melalui perkara  sedemikian. hurmmm so dengar la kata2 orang yang terlebih dahulu sebelum kamu,,,,dengar yang baik2 je la,,,,jagan duk ikut yang bukan-bukan.

paper yang akan aku hadapi ada 5, apa tu ?

a) law and planning practice
b) social  aspect in planning
c) urban land economics
d) demography
e) planning utility and infrastructure

 English communication 3 test dah lepas,,,baru je kelmarin,,,syukur boleh la,,,,

la nei akan tumpu pada 5 paper di atas,,,nak collect note2 yang tah mana tak nampak rupe!!
hope pada rakan2 lain juga  akan buat yang terbaik untuk exam akan datang nei,,,,tak lama dah 2 minggu dari la,,,

tapi sedih pula rasa ye sebab tak lama dah nak habis ngaji kat poli jutra nei n duduk cini,,,sebab lepas nei kompem2 balik kampung masing2 n buat agenda masing2,,,,lebih bersama dengan family masing2 pula,,,,,jiran2 aku pon dah banyaqk balik wahh best,,,,lepas nei tak nampak hampa dah,,,teruskan usaha anda,,,huhu....


kepada guys saya mohon maaf jika ada tersalah  kata terkasar  bahasa terlebih gurau,,,mohon diampon,,,,saya mohon mintak halal jika termakan duit hampa kalau saya tak sedar,,,tapi saya ingat2 tak de duit hampa saya makan,,,ape2 je lah,,,kepada pensyarah mohon halal rezeki terima kasih manage my class together,,,

sekian terima kasih !!!!

Friday, 2 November 2012

BungA hArI baHAgiA



sejak aDik pergi mak sepi sendiri
redha dan restu , sedih dan Pilu , seroNok dan bangga
aDik pergi mencari iLmu  
membinA haRi kesenanGan dan mak menuMpang senanG
mak cuba berusaha memastikan aDik cukup keperluan
biar Mak yang kelaparan jangan aDik yang dahaga hilang tanaga
jangan risaulah aDik mak disini
sihat wal'afiat lagi (walaupun sering sakit) 
mak sentiasa berdoa kebahagian aDik disana
semoga aDik bERjaya
tulang empat kerat mak kuat lagi
membanting tenaga
paksa tenaga walaupun usia di kala senja
namun mak tetap ikhlas
sebab itu aDik berada disana

AdiK 
mak tak janjikan apa-apa hadiah
mak cuma ada satu harapan
agar aDik berjaya
berusahalah selagi khudrat masih kamu miliki
janganlah memikir perkara yang tidak layak lagi untuk di fikir
labuhkanlah layar bahtera kamu 
selebar-lebarnya
pasanglah nekad/niat semoga jelas halatuju aDik
mak jauh aDik pun jauh
kita tak dapat duduk bersama seperti dulu
tapi anggaplah mak sentiasa melihat aDik

Adik
mak tanam bUnga yang cantik warnanya wanggi baunya
menanti hari kejayaan aDik untuk di petik
bunGa ini khas untuk aDik 
banyak makna bunGa ini pada mak
mak belai dengan kasih sayang
sehingga hidup segar dan semakin cantik dipandang
peneman setia di kala mak rindu pada aDik
simpanlah sekuntum walau tidak sejambak
mak hias dengan bermcam cara bermcm warna
supaya kelihatan hebat seperti aDik
jadi terimalah BUNGA ini sebagai HADIAH kejayaan aDik.