Tuesday 14 June 2011

fikiran positif


Apa kaitan antara berfikir positif dengan kesihatan? Berfikiran positif dapat mengelakkan penyakit. Apabila berfikiran negatif kita berasa tertekan. Rasa tertekan mendatangkan penyakit.

Menurut satu artikel perubatan:

"Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan."
Tidak hairan ada orang yang diserang demam selsema jika tertekan atau stres. Ada juga orang yang wajahnya mogok lapar apabila dia stres. Jerawat tiba-tiba muncul sehingga mengeras menjadi jerawat batu. Orang yang mukanya cantik atau "jambu" tidak pula jerawatnya bertukar menjadi jambu batu apabila stres. :)

Bagi saya, cara mengelakkan stres ialah dengan bersangka baik. Fkirkan kebaikan orang lain (walaupun kecil). Jika akibat orang lain, maka perancangan kita rosak, kembalikan keadaan itu kepada Allah yang menguruskan setiap urusan. Bukan kerana orang itu kerja kita rosak, tetapi hakikatnya kerana Allah SWT belum mahu kerja kita sempurna dan perfect.

Apabila kita serahkan segala-galanya pada Allah, Insya-Allah kita tidak akan stres. 

Semoga Allah SWT mudahkan

No comments:

Post a Comment