Tuesday 16 August 2011

doa qunut solat Witir


bila ye kita start bc qunut dlm terawih?jika boleh bila nabi start bc qunut dlm terawih?

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Qunut tidak dibaca dalam solat tarawih. Ia disunatkan dibaca dalam solat witir pada rakaat terakhir.

Khilaf antara ulama tentang bila disunatkan baca qunut dalam witir, kepada tiga pendapat utama:

i) pada separuh terakhir Ramdhan (Syafie)
ii) pada seluruh Ramadhan (Malik)
iii) pada seluruh tahun samada Ramadhan atau bukan Ramadhan (Hanafi dan Hanbali)

Kata Imam Nawawi (Majmuk 4/15) : Pendapat ketiga (sunat pada sepanjang tahun) adalah kuat dari segi dalil. Kerana berdasarkan hadis:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان يوتر بثلاث ركعات كان يقرأ في الأولى ب سبح اسم ربك الأعلى وفي الثانية ب قل يا أيها الكافرون وفي الثالثة ب قل هو الله أحد ويقنت قبل الركوع

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berwitir dengan 3 rakaat. Baginda membaca pada rakaat pertama ‘Sabbihismarabbikal A’la’, pada rakaat kedua dengan ‘Qul Ya Ayyuhal Kafirun’, dan pada rakaat ketiga dengan ‘Qul Huwallahu Ahad’. Baginda qunut sebelum rukuk”.

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maka Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

dipetik daripada ;
sumber 1
sumber 2

No comments:

Post a Comment