Sunday 23 June 2013

menitihujan: KERAS TAPI RAPUH

menitihujan: KERAS TAPI RAPUH: Assalamulaikum salam sejahtera salam 1 malaysia salam Amanjaya... Download jerrr Keropok dilihat keras namun rapuh bila di makan d...

JUSSUF KALLA PRIHATIN

Assalamlaikum salam sejahtera salam 1 Malaysia salam Amanjaya

 
Download jerr

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat "a sense of belonging". Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.


(copy paste jerr)

BACA DIALOG ANTARA MEREKA DISINI  disini

Pengurusan & kesyukuran

Assalamulaikum salam sejahtera salam 1 malaysia salam amanjaya

Download jerr

Kita sebagai manusia memang tidak akan puas dengan apa yang ada nak lagi dan lagi....sebagai contoh kita dah bergaji Rm 2K belum dapat dulu uoihh cukup nei boleh beli tu beli nei namun bila dah dapat  tolak tambah tolak tambah rasa macam tak cukup lagi.

Kita sebenarnya lupa bahawa kita benar-benar tak ikhlas dan tidak bersyukur dengan apa yang kita dapat...saya jamin bila kita bersyukur dengan bersungguh kita cukup untuk membahagikan perbelanjaan wang kita dan apa sahaja yang kita perolehi kereta ke rumah ke 'anything'. 

Saya sendiri mengaku ada waktu ye saya alpa untuk bersyukur dengan rezeki yang Allah beri sehingga kita tidak menguruskan wang dengan baik dan membuatkan kita rasa tak cukup mungkin kita terlebih belanja kan. Itu saya hidup sorang tanggung perut satu. Jika dah berkeluarga entah la...mungkin ade rezeki lain...

Pucuk pangkalnya apa yang saya hendak kongsi bersyukur dan secara tidak langsung kita dapat menguruskan rezeki yang Allah beri kepada kita dengan baik dan hidup kita bahagia...Yang penting jangan lupa sedekah kat mana-mana pun.

Teringat 1 cerita Indonesia tadi petang katanya Allah akan uji kita dengan orang miskin akan bertandang kepada kita berkali-kali dalam jangka masa yang singkat minta sedekah..maksudnya sekali datang kita bagi dua kali datang ,,,? dan tiga kali datang....? Apa-apa pun mohon petunjuk....

sekian,,,, 

Saturday 22 June 2013

KERAS TAPI RAPUH

Assalamulaikum salam sejahtera salam 1 malaysia salam Amanjaya...

Download jerrr


Keropok dilihat keras namun rapuh bila di makan dan di kerat... Dianggap enak dan menyelerakan bila dimakan namun sebaliknya bila dijuri rasanya. Itulah keadaan hati sebenarnya. Siapa sangka harapan tinggal harapan yang menjadi rancangan hidup namun kita bukan berkuasa dalam menentukan rancangan itu.

Sudah berkali rasanya tertimpa namun sifat kedegilan tu ada juga di dalam diri tapi ingin menunjukkan rasa usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya..mana la tahu dapat kan dengan berbekalkan niat yang baik dan kesabaran yang tinggi serta kejujuran yang ikhlas. Dengan ketentuan ini dapat disimpulkan bahawa itu adalah ujian ALLAH yang nyata dan mengajar untuk bersabar dengan lebih lagi...dan mungkin ada hikmah yang tidak diketahui.

Tersimpan kenangan yang mengusik jiwa pelbagai warna dan rasa merasuk diri dengan kegembiraan yang tersangat bahagia ketika itu. Kemana pergi 'happy-happy' sahaja tapi malu-malu sambil bergurau senda. Pernah ajukan namun kurang mengena mungkin ada kesilapan yang tak semena dan membuat dirinya tak selesa. Pengajaran yang harus diterima dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Hari bersilih ganti bulan berpusing ikut urutan...tergaman seketika luluh rasanya mata sebagai perisik hati, sungguh kecewa merajuk tak sangka hati berpaling mengalir pantas darah yang ada. Seolah-olah menagis kehilangan jiwa yang berharga. Bukti perisik belum percaya terus hati bertanya kepada dirinya dan sekenalanya lebih ampuh dan teguh menyokong si perisik. Namun bersikap berhemah dan terima ketentuan yang ada dan bersyukur.

Tahun bersilih angka..bersama semula mencipta kebahagian semula seperti ulang cerita.Kini lebih berhati-hati menawam secara lembut dan tidak menerjah. Kunci adalah semangat dan bersabar...ajukan semula namun .............(kosong)................... sabar dan sabar sehingga ALLAh mengutus kenalan datang seperti tak diundang ... tak lama berseloroh rupanya ada utusan yang ALLAh utuskan untuk disampaikan kepada hati yang rapuh ini. Kesimpulannya hati ini kecewa lagi dan lagi dan lagi...hatinya dah BERPUNYA.....


Apa-apa pun itu cerita lepas dan pandang kehadapan............

Sekian.. 

Sunday 5 May 2013

kerajaan Kedah

Asslamulaikum dan salam sejahtera

Teruskan semangat baru untuk mentadbir kerajaan baru dan terus mengembling tenaga supaya bangsa dan agama terbela...



...................................................................................................................................................

Monday 29 April 2013

jom mengundi

Assalamulaikum dan salam sejahtera

JOM mengundi

Pastikan anda bersedia untuk mengundi dan memasang niat yang murni dalam jiwa untuk apa kita mengundi pada 5 Mei 2013 nanti. Jangan kotori dengan sifat2 dan niat2 yang boleh merugikan kita untuk masa hadapan. Jangan perjudikan apakah yang mungkin akan berlaku dalam masa 5 tahun akan datang,,,,JOm mengundi..

Wahai golongan muda..ini peluang kita untuk membenarkan hak kita untuk menentukan siapa pemimpin kita dan matlamat dan hasrat kita asupaya terjamin dan tercapai. Peluang dan ruang bukan sentiasa dan mudah dikecapi dan dibentuk dalam sekelip mata. apa yang kita nikmati kini dulu tidak dirasai oleh ibu bapa nenek atok kita. Tetapi dengan kesungguhan pemimpin sebelum ini dapat sama-sama kita rasai kelazatan nikmat hidup di dunia dan memberi ruang untuk kita mencari bekalan untuk Akhirat kelak dek kerana keamanan yang sejahtera berbanding negara-negara lain... JOM mengundi

Pesan Dr. Mazlan Ismail (Calon BN Permatang Pauh) menyatakan kepada pengundi "Sembahyanglah  sunat Istikharah sebelum kita keluar mengundi"....

Pesanan khas untuk para pengundi khususnya supaya terbuka hati kita untuk memilih siapa pemimpin kita kelak. JOM mengundi....

Monday 22 April 2013

Assamulaikum dan salam sejahtera

Hari ini selesai program APC dan jasa Mu dikenang Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan.

semoga kepada penerima anugerah dapat meningkatkan lagi prestasi kerja dan budaya dalam melaksanakan tugas masing-masing.

saya sebagai warga baru dalam jabatan ini menjadi pembakar semangat kepada saya untuk menjalankan tugas supaya dapat masuk dalam kalangan mereka yang cemerlang In Sya Allah...