Sunday 31 July 2011

Wakil rakyat


Wakil rakyat adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (constituency). Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta berperanan dalam penggubalan undang-undang.
Seseorang wakil rakyat mungkin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen. Wakil rakyat menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat (di Parlimen).

Gelaran bagi seseorang wakil rakyat ialah Yang Berhormat atau "YB", yakni sama seperti senator juga. Suatu ketika dahulu terdapat kecenderungan untuk menterjemahkan maksud YB daripada Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat. Namun setakat mana kejayaan usaha tersebut tidak dapat dipastikan.

No comments:

Post a Comment