Friday, 26 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
Monday, 22 August 2011
PEMGAMBILAN TUDM
Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 46/2011
Zon Selatan:
Tarikh | Hari | Negeri | Tempat |
17 Sept 2011 | Sabtu | Mersing, Johor | Sek Men Keb Sri Mersing |
18 Sept 2011 | Ahad | Batu Pahat, Johor | Sek Men Keb Tinggi Batu Pahat |
19 Sept 2011 | Isnin | Melaka | Sekolah Menengah Pay Fong |
20 Sept 2011 | Selasa | Alor Gajah, Melaka | Sek Men Keb Seri Pangkalan |
21 Sept 2011 | Rabu | Port Dickson | Sek Men Keb Tinggi Port Dickson |
22 Sept 2011 | Khamis | Kuala Klawang | Sek Men Teknik Kuala Klawang |
- Pengambilan hanya untuk anggota lelaki sahaja
- Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi.
- Pakaian: Pakaian Sukan (T-shirt berkolar, seluar sukan, kasut sukan berstokin).
- Sekeping gambar berukuran pasport.
- Dokumen yang perlu dibawa: Dokumen asal dan salinan (Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM, Sijil Berhenti Sekolah, sampul surat dan setem RM1.00) serta lain-lain sijil jika ada.
- Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sel Kerjaya dan Pengambilan di talian 03-26812412.
Friday, 19 August 2011
Thursday, 18 August 2011
hukum ASB (penilain semula)
maaf atas penjelasan daripada entry yang saya kemukakan yang lepas berkenaan dengan hukum hakam MELABUR DALAM ASB.
ini adalah penjelasan yang sebenar dari FATWA MALAYSIA,,,
Penilaian Semula Hukum Pelaburan Aamanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya (Selangor)
Tuesday, 16 August 2011
HUKUM ASB
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang
bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB dan seumpamanya.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Sekim Amanah Saham Nasional (ASN), Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan skim yang seumpamanya serta dividen atau bonus yang diterima
adalah harus.
bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB dan seumpamanya.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Sekim Amanah Saham Nasional (ASN), Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan skim yang seumpamanya serta dividen atau bonus yang diterima
adalah harus.
untuk lihat lebih jelas klik pada petikan tersebut,,
sumber dipetik daripada;
Hari NUZUL AL-QURAN
Pada setiap tanggal 17 ramadan kita akan mengadakan hari peringatan Nuzul Al-quran.
Nuzul Quran berlaku pada malam jumaat , 17 ramadan tahun ke-41. daripada kepurtaan Nabi Muhammad S.A.W.
Nuzul bermaksud turun / berpindah dari atas ke bawah.
Al-Quran mukjizat terbesar Nabi Muhammad.
Hayatilah bersama....
Sumber diperolehi daripada; Disini,,,,,,
Nuzul Quran berlaku pada malam jumaat , 17 ramadan tahun ke-41. daripada kepurtaan Nabi Muhammad S.A.W.
Nuzul bermaksud turun / berpindah dari atas ke bawah.
Al-Quran mukjizat terbesar Nabi Muhammad.
Hayatilah bersama....
Sumber diperolehi daripada; Disini,,,,,,
datuk nenek Nabi (sambungan..)
ini adalah sambungan entry saya yang lepas yang menceritakan salasilah keterunan Nabi,,,InsyaALLAH....
teruskan membaca,,,,,wadah ilmu untuk kita semua umat yang tercinta,,,,,
3. Muadhar bin Nizar
Dia adalah datuk Nabi yang ketujuh belas. Seperti ayahnya juga. Mudhar adalah seorang lelaki yang sangat tampan dan segak. satu kelebihan lagi yang ada pada ayahnya ialah apabila orang memandang kepadanya akan timbul perasaan kasihan dan penuh simpati.
Selain memiliki kelebihan-kelebihan seperti tampan dikasihani orang itu, Mudhar juga adalah seorang pujangga yang sering merungkapkan madah-madah yang bermutu. Diantara madah-madah yang telah dicatitkan orang ialah "Bawalah dirimu apa yang dibencinya." "Lenyapkanlah dari dirimu apa-apa yang membinasakannya." Dan "Tidak ada diantara kebaikan dengan kebinasaan, selain daripada kesabaran yanag tinggi."
4. Ilyas bin Mudhar
Dia adalah datuk Nabi yanag keenam belas. Seorang hali falsafah atau pujangga seperti ayahnya juga. kedudukannya di mata kaumnya seperti kedudukan Luqmanul Hakim di zamannya. Di antara kata-kata hikmat atau madah Ilyas ialah "barangsiapa yang menanam kebaikan, nanti akan menuai kesukaan, barangsiapa yang menanam kejahatan, nanti dia akan menuai kesesalan."
5. Fihr bin Malik
Dia adalah datuk Nabi yang kesepuluh. Seorang pembesar Arab yang sangat dermawan daripada seluruh orang Arab. Nama menjadi mesyhur daripada semua nama para datuk Nabi kerana di atelah melakukan satu kerja besar yang belum pernah dilakukan oleh orang lain sebelumnya.
Jasanya yang dikatakan besar sehingga namanya menjadi mat harum dan mendapat kehormatan yang tinggi oleh kaumnyadan seluruh umat Arab ialah usahanya memberi makan kepadajemaah haji yang kelaparan pada suatu musim haji yang panas dan tiada makanan
pada suatu tahun dalam suatu musim haji, para jemaah haji telah ditimpa kelaparan kerana kehabisan bekalan makanan. Oleh itu Fihr telah telah berusaha mengumpul makanan berupa roti daripada semua penduduk Mekah untuk diberi makan kepada orang-orang haji yang kekurangan makanan itu. Atas dayausaha dan sudah payahny itu, orang menggelarnya Quraisy yang bererti orang yang mengumpul Roti. Sejak itu keturunan Fihr digelar Bani Quraisy.
Quraisy adalah satu gelaran yang sangat mulia kerana usaha Fihr yang sangat mulia itu. Disamping itu anak-anak Quraisy juga adalah bangsa yang tampan wajah mereka.
Sebagai siftanya yang suka membantu orang dengan harta dan pertolongannya, telah menyebabkab rumah Fihr menjadi tempat tumpuan kaum fakir miskin dan juga orang musafir yang keputusan bekalan. Fihr tidak pernah menghampakan mereka itu. Dia akan berusaha membantu orang yang lapar dengan memberi makan, membantu orang yang dahaga dengan memberi minuman dan membantu orang yang tiada pakaian dengan memberi pakian.
Satu lagi peragai Fihr yang sangta terpuji ialah kalau di didapati tidak ada orang miskin atau musafir yang datang ke rumahnya meminta makanan atau minuman, beliau akan keluar dari rumahnya mencari mereka yang lapar dan dahaga dengan membawa makanan dan minuman di dalam tangannya. Makakah ada orang yang sanggup melakukan kerja-kerja yang sedimikian selain dari para nabi dan wali-wali ALLAH?
Daripada lahirnya nama Quraisy. Dan dari kerananyalah keterunan Arab Adnan terbahagi kepada suku yang besar iaitu suku Quraisy dan suku Kinanah. Orang-orang Arab yang lahir dari saudara Fihr iaitu anak-anak Malik yang lain dipanggil suku Kinanah. Manakala anak-anak dari Fihr dinamakan Quraisy.......
bersambung........
Sumber dipetik daripada; Sejarah & perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w
doa qunut solat Witir
bila ye kita start bc qunut dlm terawih?jika boleh bila nabi start bc qunut dlm terawih?
jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Qunut tidak dibaca dalam solat tarawih. Ia disunatkan dibaca dalam solat witir pada rakaat terakhir.
Khilaf antara ulama tentang bila disunatkan baca qunut dalam witir, kepada tiga pendapat utama:
i) pada separuh terakhir Ramdhan (Syafie)
ii) pada seluruh Ramadhan (Malik)
iii) pada seluruh tahun samada Ramadhan atau bukan Ramadhan (Hanafi dan Hanbali)
Kata Imam Nawawi (Majmuk 4/15) : Pendapat ketiga (sunat pada sepanjang tahun) adalah kuat dari segi dalil. Kerana berdasarkan hadis:
أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان يوتر بثلاث ركعات كان يقرأ في الأولى ب سبح اسم ربك الأعلى وفي الثانية ب قل يا أيها الكافرون وفي الثالثة ب قل هو الله أحد ويقنت قبل الركوع
Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berwitir dengan 3 rakaat. Baginda membaca pada rakaat pertama ‘Sabbihismarabbikal A’la’, pada rakaat kedua dengan ‘Qul Ya Ayyuhal Kafirun’, dan pada rakaat ketiga dengan ‘Qul Huwallahu Ahad’. Baginda qunut sebelum rukuk”.
Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maka Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.
dipetik daripada ;
sumber 1
sumber 2
Monday, 15 August 2011
Datuk Nenek Nabi Muhammad.......
secebis kisah beberapa orang datuk NABI....
1. MA'AD BIN ADNAN
Beliau adalah datuk Nabi yang kesembilan belas. anak kepada Adnan yang merupakan datuk Nabi yang paling atas ynag setakatnya sahaja diketahui salasilah keturunan Nabi.
beliau adalah seorang pahlawan yang perkasa. seorang yang sangat digeruni oleh pihak musuh kerana kehandalannya berperang dan kepintarannya memmimpin askar. serangan dilakukan ke atas semua musuh-musuhnya sehingga ke negeri Israil. Terhaap keraajan Israil, Ma'ad sering membuat serangan yang hebat dan sering pula pulang dengan membawa kemenangan yang gilang gemilang.
kerana kepahlawanan dan kehandalannya yang sering membawa kemenangan di dalam peperangan yang diceburinya, maka nama Ma'ad bin Adnan menjadi sangat harum dan digeruni di mata penduduk Arab seleruhnya.
2. Nizar bin Ma'ad
Beliau adalah datuk Nabi yanag kelapan belas. Seorang yanag sangat segak dan kacak. Belum pernah di zamannya ditemui lelaki yang lebih kacak, lebih tampan dan lebih segak daripada Nizar. Di samping itu Nizar juga seorang yang bijaksana, pintar dan sering mengeluarkan buah fikiran yang baik dan bernas setiap kali diminta pendapatnya. Kerana itu dia menjadi sangat mulia dan dihormati oleh kaumnya dan buah fikirannya menjadi pegangan dan amalan orang ramai.
nantikan sambungan cerita berikutnya.....
sumber dipetik dari ; sejarah & perjalanan hidup Rasulullah...
Wednesday, 10 August 2011
Ganjaran bagi bekerja dengan ikhlas,,,
Hasil nawaitu yang ikhlas ini mercerna 5 sifat positif bagi seorang pekerja.
1- Jiwa yang tenang
2 – Rohani yang kuat
3 – Istiqamah terhadap tugas
4 – Semua tugas menjadi ibadat
5 – Beroleh ganjaran dalam tugas
KLIK SINI cerita penuh
1- Jiwa yang tenang
2 – Rohani yang kuat
3 – Istiqamah terhadap tugas
4 – Semua tugas menjadi ibadat
5 – Beroleh ganjaran dalam tugas
KLIK SINI cerita penuh
cerita BersamBung.....
InsyaALLAH para pembaca sekalian,,,,saya akan berkongsi ilmu atau cerita BerKAitan dengan liku-Liku kehidupan Rasullullah S.A.W. dimana saya petik dari buku Edisi Lengkap "Sejarah & Perjalanan Hidup Rasullulah"...InsyaALLAH saya akan post secara berterusan untuk menambah pengetahuan kita semua,,,
Saya berminat untuk berkongsi cerita ini kerana sejak kebelakangan ini kita banyak mendengar berita ramai yang mengutuk dan MEMPERSENDAKAN Rasullullah oleh golongan2 yang bakal ahli Neraka itu,,,,jadi kita hayati lah bersama,,,,
saya akan postkan kelak,,,,terima kasih,,,
Saya berminat untuk berkongsi cerita ini kerana sejak kebelakangan ini kita banyak mendengar berita ramai yang mengutuk dan MEMPERSENDAKAN Rasullullah oleh golongan2 yang bakal ahli Neraka itu,,,,jadi kita hayati lah bersama,,,,
saya akan postkan kelak,,,,terima kasih,,,
Monday, 8 August 2011
Awasssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AWAS!!!!! Pemberian CD percuma yang bertajuk AHMAD'S DREAM motifnya untuk memurtadkan orang melayu ISLAM!!!! Watak lakonan oleh orang melayu yang berjaya dimurtadkan....Sebarkan kalau sayangkan ISLAM!!! Bahayanya kartun POKEMON. bermaksud' SAYA YAHUDI'. PIKACHU bermaksud ' JADILAH ORANG YAHUDI'. CHARMANDER bermaksud 'ALLAH ITU LEMAH'. (NAUZUBILLAH). Jadi tolong Copy & Paste kepada semua umat islam..
Subscribe to:
Posts (Atom)