Monday, 15 August 2011

Datuk Nenek Nabi Muhammad.......

secebis kisah beberapa orang datuk NABI....

1. MA'AD BIN ADNAN
 Beliau adalah datuk Nabi yang kesembilan belas. anak kepada Adnan yang merupakan datuk Nabi yang paling atas ynag setakatnya sahaja diketahui salasilah keturunan Nabi.

beliau adalah seorang pahlawan yang perkasa. seorang yang sangat digeruni oleh pihak musuh kerana kehandalannya berperang dan kepintarannya memmimpin askar. serangan dilakukan ke atas semua musuh-musuhnya sehingga ke negeri Israil. Terhaap keraajan Israil, Ma'ad sering membuat serangan yang hebat dan sering pula pulang dengan membawa kemenangan yang gilang gemilang.

kerana kepahlawanan dan kehandalannya yang sering membawa kemenangan di dalam peperangan yang diceburinya, maka nama Ma'ad bin Adnan menjadi sangat harum dan digeruni di mata penduduk Arab seleruhnya.

2. Nizar bin Ma'ad
Beliau adalah datuk Nabi yanag kelapan belas. Seorang yanag sangat segak dan kacak. Belum pernah di zamannya ditemui lelaki yang lebih kacak, lebih tampan dan lebih segak daripada Nizar. Di samping itu Nizar juga seorang yang bijaksana, pintar dan sering mengeluarkan buah fikiran yang baik dan bernas setiap kali diminta pendapatnya. Kerana itu dia menjadi sangat mulia dan dihormati oleh kaumnya dan buah fikirannya menjadi pegangan dan amalan orang ramai.

nantikan sambungan cerita berikutnya.....

sumber dipetik dari ; sejarah & perjalanan hidup Rasulullah...

No comments:

Post a Comment