Monday, 28 May 2012

BERSYUKUR

Bismillahirrahmanirrahim,,,,,
Assalamulaikum...dan selamat sejahtera salam 1 Malaysia,,

Alhamdulillah hari ini sekali lagi diberi peluang untuk hidup ke dunia ini untuk mencari keredaan hidup untuk bekalan ke Akhirat kelak,,,,

kita sentiasa menadah tangan mengucap syukur kepada Pemunya Alam Semestar. Semoga Dia memberkati hidup kita,,,InsyaALLAh,,,,,

banyakkan lah ucapan syukur di mulut DAN hati kita,,,,marilah,,,kita sama2,,,,,,

Sunday, 27 May 2012

15 MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA



Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu;


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid 
9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka
10. Seseorang yang memuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (Arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melakat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)


maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diroboh menjadi makhluk lain.

H.R. TIRMIZI

Saturday, 26 May 2012

SESI KHAYALAN,,,,HURMMMMM (DUNIA-DUNIA~~~~~~~)




WAHHHHHH!!!!!!!!!!!1

KALAU LAH BETUL AKU MAMPU MEMILIKINYA PASTI AKU ORANG KAYA!!!

TABIAT YANG MENGAKIBATKAN OTAK ROSAK


1. Tidak mengambil sarapan pagiApabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Tuesday, 22 May 2012

DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAH,,

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

sebuah hadis telah diriwayatkan mengatakan :

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasullah s.a.w), beliau berkata ."Pada suatau hari Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil berkata, La ilaha illalah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dindingYajuj dan Ma'juj seperti ini," kemudian Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: " Ya Rasulullah ! apakah kami akan binasa sedangkan ada dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Llau Nabi s.a.w. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."
H. R BUKHARI MUSLIM

keterangan :

hadis ini menerangkan apabila terlalu banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan di sesuatu tempat, maka kebianasaan akan menimpa kepada semua orang di tempat itu tak kira siapa orang itu soleh mahupun orang jahat. Masing-masing akan dihitung di akhirat kelak,,

oleh itu segala kemungkaran dan kefasiqan perlu dibasmi dan dimusnahkan dengan segera..apa yang kita dapat lihat dunia sekarang bermacam bencana yang telah menimpa di negara-negara diseluruh dunia sperti gegaran, tsunami dan pelbagai lagi.


kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas darah dan kesdiaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di muka bumi ini. Maka itu sudah menandakan hari qiamat sudah akan tiba tak lama lagi,,,,

Monday, 21 May 2012

"CINTA BEST" sangat ke ?

Asslamulaikum,,

saya tertarik dengan topik rancangan HAL EHWAL ISLAM ini
mari kita sama2 perdengarkan sama
tajuk "CINTA BEST" haha


Thursday, 17 May 2012

CARA UNTUK MENGETAHUI KEWUJUDAN ALLAH

Assalmualaikum dan Selamat sejahtera.

Catatan saya kali ini untuk memberi panduan untuk kita semua bagaimana cara utnuk mengetahui kewujudan ALLAH yang memandu kita pada setiap ketika. Mari kita fikirkan sama.



" Kita andaikan begini, sekiranya kita melihat sebuah kereta yang sedang meluncur laju, sudah tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yang memandu kereta tersebut.


sekiranya tiada pemandu, seudah pasti kereta tersebut tidak akan meluncur dan bergerak dengan baik di atas jalan raya.


Begitu juga dengan ALLAH, Dia-lah yang mengerakkan matahari, bulan dan bintang. Dia-lah yang mengantikan malam dan siang serta mencipta semua makhluk di muka bumi ini."


jadi renung-renungkan sama-sama




sumber : Buku tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid "Indahnya Hidup Bersyariat"