Tuesday, 22 May 2012

DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAH,,

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

sebuah hadis telah diriwayatkan mengatakan :

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasullah s.a.w), beliau berkata ."Pada suatau hari Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil berkata, La ilaha illalah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dindingYajuj dan Ma'juj seperti ini," kemudian Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: " Ya Rasulullah ! apakah kami akan binasa sedangkan ada dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Llau Nabi s.a.w. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."
H. R BUKHARI MUSLIM

keterangan :

hadis ini menerangkan apabila terlalu banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan di sesuatu tempat, maka kebianasaan akan menimpa kepada semua orang di tempat itu tak kira siapa orang itu soleh mahupun orang jahat. Masing-masing akan dihitung di akhirat kelak,,

oleh itu segala kemungkaran dan kefasiqan perlu dibasmi dan dimusnahkan dengan segera..apa yang kita dapat lihat dunia sekarang bermacam bencana yang telah menimpa di negara-negara diseluruh dunia sperti gegaran, tsunami dan pelbagai lagi.


kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas darah dan kesdiaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di muka bumi ini. Maka itu sudah menandakan hari qiamat sudah akan tiba tak lama lagi,,,,

No comments:

Post a Comment