Tuesday 16 August 2011

datuk nenek Nabi (sambungan..)


ini adalah sambungan entry saya yang lepas yang menceritakan salasilah keterunan Nabi,,,InsyaALLAH....
teruskan membaca,,,,,wadah ilmu untuk kita semua umat yang tercinta,,,,,

3. Muadhar bin Nizar

Dia adalah datuk Nabi yang ketujuh belas. Seperti ayahnya juga. Mudhar adalah seorang lelaki yang sangat tampan dan segak. satu kelebihan lagi yang ada pada ayahnya ialah apabila orang memandang kepadanya akan timbul perasaan kasihan dan penuh simpati.

Selain memiliki kelebihan-kelebihan seperti tampan dikasihani orang itu, Mudhar juga adalah seorang pujangga yang sering merungkapkan madah-madah yang bermutu. Diantara madah-madah yang telah dicatitkan orang ialah "Bawalah dirimu apa yang dibencinya." "Lenyapkanlah dari dirimu apa-apa yang membinasakannya." Dan "Tidak ada diantara kebaikan dengan kebinasaan, selain daripada kesabaran yanag tinggi."

4. Ilyas bin Mudhar

Dia adalah datuk Nabi yanag keenam belas. Seorang hali falsafah atau pujangga seperti ayahnya juga. kedudukannya di mata kaumnya seperti kedudukan Luqmanul Hakim di zamannya. Di antara kata-kata hikmat atau madah Ilyas ialah "barangsiapa yang menanam kebaikan, nanti akan menuai kesukaan, barangsiapa yang menanam kejahatan, nanti dia akan menuai kesesalan."
5. Fihr bin Malik

Dia adalah datuk Nabi yang kesepuluh. Seorang pembesar Arab yang sangat dermawan daripada seluruh orang Arab. Nama menjadi mesyhur daripada semua nama para datuk Nabi kerana di atelah melakukan satu kerja besar yang belum pernah dilakukan oleh orang lain sebelumnya.

Jasanya yang dikatakan besar sehingga namanya menjadi mat harum dan mendapat kehormatan yang tinggi oleh kaumnyadan seluruh umat Arab ialah usahanya memberi makan kepadajemaah haji yang kelaparan pada suatu musim haji yang panas dan tiada  makanan

pada suatu tahun dalam suatu musim haji, para jemaah haji telah ditimpa kelaparan kerana kehabisan bekalan makanan. Oleh itu Fihr telah telah berusaha mengumpul makanan berupa roti daripada semua penduduk Mekah untuk diberi makan kepada orang-orang haji yang kekurangan makanan itu. Atas dayausaha dan sudah payahny itu, orang menggelarnya Quraisy yang bererti orang yang mengumpul Roti. Sejak itu keturunan Fihr digelar Bani Quraisy.

Quraisy adalah satu gelaran yang sangat mulia kerana usaha Fihr yang sangat mulia itu. Disamping itu anak-anak Quraisy juga adalah bangsa yang tampan wajah mereka.

Sebagai siftanya yang suka membantu orang dengan harta dan pertolongannya, telah menyebabkab rumah Fihr menjadi tempat tumpuan kaum fakir miskin dan juga orang musafir yang keputusan bekalan. Fihr tidak pernah menghampakan mereka itu. Dia akan berusaha membantu orang yang lapar dengan memberi makan, membantu orang yang dahaga dengan memberi minuman dan membantu orang yang tiada pakaian dengan memberi pakian.

Satu lagi peragai Fihr yang sangta terpuji ialah kalau di didapati tidak ada orang miskin atau musafir yang datang ke rumahnya meminta makanan atau minuman, beliau akan keluar dari rumahnya mencari mereka yang lapar dan dahaga dengan membawa makanan dan minuman di dalam tangannya. Makakah ada orang yang sanggup melakukan kerja-kerja yang sedimikian selain dari para nabi dan wali-wali ALLAH?

Daripada lahirnya nama Quraisy. Dan dari kerananyalah keterunan Arab Adnan terbahagi kepada suku yang besar iaitu suku Quraisy dan suku Kinanah. Orang-orang Arab yang lahir dari saudara Fihr iaitu anak-anak Malik yang lain dipanggil suku Kinanah. Manakala anak-anak dari Fihr dinamakan Quraisy.......

bersambung........

Sumber dipetik daripada; Sejarah & perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment