Saturday 10 November 2012

PENGABUNGAN PAS DAN UMNO

Assalamualikum dan selamat sejahtera

saya tertarik dengan tajuk ini apabila hasil kajian yang telah dibuat oleh agensi perunding yang dinyatakan oleh Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, menunjukkan mojoriti penduduk selangor dari pelbagai kaum supaya mengenepikan hal-hal perbezaan politik dan bergabung tenaga.



“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan wacana ‘Mengembalikan PAS ke Landasan Asal’ pagi tadi di Hotel Vistana.


daripada hasil kajian ini dapat kita intepretasikan bahawa rakyat sebenarnya mahukan kerjasama antara kedua-dua pihak UMNO dan juga PAS yang mejoriti di naungi oleh bangsa melayu saling bergandingan dalam memperjuangkan nasib negara bangsa melayu dan agama khususnya. Apa yang kita dapat lihat sekarang ini banyak sangat perselisihan dan percangahan dalam pendapat di kalangan antara satu sama lain dan saling "mengkondemkan bangsa sendiri". Orang lain seronok melihat kaum yang seagama lagi-lagi islam sering terkotak-katik dan berkelahi sesama sendiri. 

Masalah ini menimbulkan pelbagai kesan yang negatif kepada waris-waris bangsa melayu-islam khususnya dari aspek sosial, akhlak, akidah dan bermacam-macam lagi kesan buruk yang akan terjadi. Jika tidak berlaku pengabungan parti sekali pon haruslah duduk semeja dan berbincang untuk menangi masalah-masalah yang timbul di kalangan kita ini.. 

wallahu'alam... 



****sumber www.freemalaysiatoday.com 

No comments:

Post a Comment